Kebelakangan ini, banyak kes fitnah terutama di medsos yang boleh mengakibatkan rasa malu, merosakkan reputasi dan ada yang mengalami depression. Mangsa fitnah seharusnya mengambil langkah segera dan pro-aktif bagi mengelakkan kerosakan, kecederaan dan kemudaratan yang lebih serius.
Terdapat dua jenis saman fitnah atau malu yang perlu anda ketahui:
- Libel: Merujuk kepada bentuk fitnah bertulis yang menyebabkan kerosakan kepada reputasi seseorang melalui penyebaran kenyataan palsu secara tertulis atau bercetak. Ini termasuk artikel akhbar, buku, atau pos di media sosial.
- Slander: Merujuk kepada penyebaran kenyataan palsu secara lisan yang merosakkan reputasi seseorang.
Berikut adalah hukuman jenayah yang mungkin dikenakan:
- Di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan: Hukuman penjara sehingga 2 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
- Di bawah Akta Fitnah 1957: Fitnah libel dan slander boleh menyebabkan orang yang memfitnah dikenakan ganti rugi kepada pihak yang difitnah.
Fitnah: Tuduhan palsu yang boleh merosakkan reputasi seseorang.
Saman malu: Tindakan undang-undang untuk menuntut gantirugi atas fitnah yang mencemarkan nama baik seseorang.
Tips: Kumpulkan bukti, kenal pasti pelaku, dan ambil tindakan segera!
Adakah anda merasa telah difitnah dan reputasi tercemar akibat kenyataan palsu? Adakah anda mangsa yang patut memulakan saman malu?
- Individu : Seseorang yang secara peribadi difitnah.
- Syarikat : Entiti perniagaan yang reputasinya terjejas akibat fitnah.
- Organisasi : Badan atau kumpulan yang mengalami kerugian reputasi.
Dalam kes fitnah, mangsa berhak untuk memfailkan saman malu sebagai cara untuk mendapatkan ganti rugi dan menegakkan nama baik.
Reviews
There are no reviews yet.