Perjanjian Perkongsian atau ‘Joint Venture Agreement’ merupakan suatu kontrak bertulis yang mengandungi persefahaman antara dua pihak atau lebih, yang ingin menjalankan urusan atau perniagaan bersama. Di Malaysia, Perjanjian Perkongsian diselia oleh Akta Perkongsian 1961. Walaupun dalam undang-undang, Perjanjian Perkongsian tidak perlu dibuat secara bertulis, namun anda disarankan untuk menyediakan perjanjian tersebut dalam bentuk bertulis. Ini dapat mengelakkan kemungkinan berlaku pertikaian di kemudian hari.
Tahukah anda, Perjanjian Perkongsian digunakan sebagai panduan yang boleh mendorong kepada sebuah usaha sama perniagaan yang berjaya. Perjanjian ini menyediakan sesuatu yang lebih jelas, mentakrifkan tanggungjawab serta mengelakkan salah faham yang boleh menjejaskan usaha sama ini.
Reviews
There are no reviews yet.