Kebelakangan ini, terdapat banyak kes pelanggaran kontrak yang menyebabkan kerugian kewangan, merosakkan hubungan perniagaan, dan menimbulkan tekanan kepada pihak yang terlibat. Mangsa pelanggaran kontrak perlu bertindak segera dan pro-aktif bagi mengelakkan kerosakan yang lebih besar serta kesan negatif yang berpanjangan.
Terdapat beberapa contoh pelanggaran kontrak yang perlu anda ketahui:
- Kegagalan Membayar: Tidak membayar jumlah yang dipersetujui dalam kontrak pada masa yang ditetapkan.
- Pembekalan Barang yang Tidak Mengikut Spesifikasi: Pembekal menghantar barang yang tidak memenuhi spesifikasi yang telah dipersetujui dalam kontrak.
- Kegagalan Menyediakan Perkhidmatan: Penyedia perkhidmatan tidak melaksanakan perkhidmatan yang dijanjikan dalam kontrak.
- Penamatan Kontrak Secara Sepihak: Salah satu pihak menamatkan kontrak tanpa persetujuan pihak satu lagi atau tanpa alasan yang sah.
- Penipuan dalam Kontrak: Salah satu pihak memberikan maklumat palsu atau menipu pihak satu lagi semasa membuat kontrak.
- Kegagalan Menyelesaikan Projek Mengikut Jadual: Kontraktor tidak menyelesaikan projek dalam tempoh masa yang telah dipersetujui dalam kontrak.
Berikut adalah tuntutan gantirugi yang boleh diambil jika anda adalah mangsa pelanggaran kontrak:
- Gantirugi (Damages): Pampasan kewangan untuk kerugian yang dialami.
- Perintah Khusus (Specific Performance): Mahkamah memerintahkan pelaksanaan kewajipan kontrak.
- Injunksi (Injunction): Perintah mahkamah untuk menghalang pihak yang melanggar kontrak daripada melakukan tindakan tertentu yang boleh menyebabkan kerugian lebih lanjut.
- Pembatalan Kontrak (Rescission): Pembatalan kontrak dan pemulihan keadaan asal.
Restitusi (Restitution): Pihak yang melanggar kontrak dikehendaki mengembalikan apa-apa manfaat yang telah diterima.
Suhaila Sa’dan –
Terima kasih kepada peguam ezadvice yang memberikan khidmat guaman dalam kes perlanggaran kontrak saya ni. Mereka profesional, responsif, dan membantu saya memahami proses undang-undang. Saya recommend khidmat ni kepada sesiapa yang memerlukan bantuan!