Free Shipping User Coupne Code : NEW5

Shopping cart

Pro-08-12Pro-08-12

Tuntutan Hutang

( 5.00 out of 5 )

Kepakaran kami membantu mangsa tuntutan hutang, termasuk dalam urusan perniagaan dan pinjaman peribadi. Dengan memahami hak anda dan menyusun strategi yang tepat, kami berusaha mendapatkan kembali hutang anda dan mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Set temujanji dengan pakar-pakar EZLEGAL dengan langkah mudah di bawah.

Click Untuk Whatsapp

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Category:

Kes tuntutan hutang semakin meningkat terutamanya selepas pandemik COVID-19 yang memberi kesan besar kepada ekonomi negara. Mangsa tuntutan hutang sering mengalami tekanan emosi dan mental, kesan kewangan seperti kehilangan aset, dan reputasi yang terjejas. Penuntut hutang perlu mengambil langkah yang pro-aktif seperti mengeluarkan notis tuntutan, melantik peguam, mengumpul bukti, dan memfailkan saman di mahkamah untuk memastikan proses tuntutan berjalan lancar dan efektif.

 

Tuntutan Hutang: Proses di mana pemiutang meminta penghutang untuk membayar hutang yang tertunggak, biasanya melalui notis atau perjanjian.

Saman: Tindakan undang-undang yang diambil oleh pemiutang dengan memfailkan kes di mahkamah untuk mendapatkan perintah pembayaran hutang daripada penghutang.

 

 

Adakah anda mangsa yang patut memulakan tuntutan hutang? Terdapat beberapa jenis hutang yang boleh dituntut:

  • Pinjaman peribadi, pinjaman bank, hutang kad kredit, dan sebarang bentuk pinjaman wang yang lain.
  • Tuntutan melibatkan bayaran untuk kerja atau perkhidmatan yang telah dilakukan tetapi belum dibayar oleh majikan atau pihak yang menerima perkhidmatan.
  • Sewa rumah, tanah, atau premis perniagaan yang belum dibayar oleh penyewa kepada pemilik.
  • Barangan atau perkhidmatan telah dibekalkan tetapi belum dibayar oleh penerima.
  • Hutang yang timbul daripada perjanjian bertulis atau lisan yang tidak dipatuhi, seperti kontrak perkhidmatan atau jual beli.
  • Tuntutan melibatkan bayaran untuk kerosakan atau kehilangan yang disebabkan oleh pihak lain, seperti kerosakan barangan atau kecederaan peribadi.
  • Hutang yang tidak dapat dikutip dan telah dihapus kira sebagai kerugian dalam akaun perniagaan, tetapi masih boleh dituntut melalui proses undang-undang jika terdapat bukti yang mencukupi.

1 review for Tuntutan Hutang

  1. Mohammad Hanafi

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ezadvice atas bimbingan yang diberikan dalam mengurus tuntutan hutang saya. Penerangan yang jelas tentang prosedur tuntutan dan pilihan yang ada telah membantu saya mengambil tindakan yang tepat. Saya kini lebih yakin untuk berhadapan dengan pihak penghutang dan berharap proses ini dapat diselesaikan dengan lancar. Terima kasih sekali lagi atas bantuan profesional yang sangat memuaskan.

Add a review

X