Fakta menunjukkan bahawa kekurangan dana melalui fundraising dan crowdfunding boleh mengakibatkan banyak perniagaan menghadapi kesukaran kewangan, menghalang pertumbuhan, dan menyebabkan tekanan emosi kepada pengasas dan pekerja. Ia adalah penting untuk menyediakan modal yang diperlukan untuk penyelidikan dan pembangunan, pemasaran, dan pengembangan pasaran. Syarikat perlu mengambil langkah pro-aktif dalam merancang strategi fundraising dan crowdfunding untuk memastikan kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan.
Fundraising: Mengumpul dana atau sumbangan kewangan daripada individu, organisasi, atau entiti lain.
Crowdfunding: Satu bentuk fundraising di mana dana dikumpul daripada sejumlah besar orang, biasanya melalui platform dalam talian.
Terdapat beberapa jenis-jenis fundraising dan crowdfunding yang perlu anda ketahui:
- Fundraising: Fundraising Online, Fundraising Korporat dan Fundraising Komuniti.
- Crowdfunding: Donation-Based Crowdfunding, Reward-Based Crowdfunding, Equity Crowdfunding, Debt Crowdfunding (Peer-to-Peer Lending).
Adakah anda merasa perniagaan anda memerlukan fundraising dan crowdfunding?
- Perniagaan anda memerlukan dana tambahan untuk penyelidikan, pembangunan produk, pemasaran, atau pengembangan operasi.
- Perniagaan anda berada di peringkat permulaan dan memerlukan suntikan modal untuk mengekalkan momentum pertumbuhan.
- Perniagaan anda dapat menarik minat pelabur dan penyumbang.
- Perniagaan anda mempunyai reputasi yang kukuh, yang dapat meningkatkan keyakinan pelabur dan penyumbang.
Tanpa fundraising dan crowdfunding, syarikat mungkin terpaksa menutup operasi, memberhentikan pekerja, atau menjual aset untuk bertahan.
Reviews
There are no reviews yet.