Fakta menunjukkan bahawa kekurangan perancangan dan penstrukturan yang baik boleh mengakibatkan banyak syarikat menghadapi kesukaran dalam operasi harian, menghalang pertumbuhan, dan menyebabkan tekanan emosi kepada pengasas dan pekerja. Tanpa penstrukturan yang baik, syarikat mungkin terpaksa berhadapan dengan masalah pengurusan, kehilangan kecekapan, atau kerugian kewangan yang besar. Syarikat yang berjaya menyusun struktur mereka dengan baik telah menunjukkan peningkatan dalam kecekapan dan pertumbuhan yang berterusan. Adalah penting untuk setiap pengasas syarikat untuk mengambil langkah pro-aktif dalam merancang strategi penstrukturan untuk memastikan kelangsungan dan pertumbuhan syarikat.
Terdapat beberapa jenis penstrukturan syarikat yang perlu anda tahu:
- Sole Proprietorship: Dimiliki oleh seorang individu, mudah ditubuhkan, dan kos rendah. Penstrukturan ini boleh dilihat didalam Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
- Partnership: Dimiliki oleh dua hingga 20 orang rakan kongsi. Penstrukturan ini boleh dilihat didalam Akta Perkongsian 1961.
- Limited Liability Partnership: Menggabungkan ciri-ciri perkongsian dan syarikat. Penstrukturan ini boleh dilihat didalam Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.
- Private Limited Company: Entiti undang-undang yang berasingan daripada pemiliknya. Penstrukturan ini boleh dilihat didalam Akta Syarikat 2016.
- Public Limited Company: Boleh disenaraikan di bursa saham dan sahamnya boleh dibeli oleh orang awam. Penstrukturan ini boleh dilihat didalam Akta Syarikat 2016.
- Foreign Company: Syarikat yang ditubuhkan di luar Malaysia tetapi menjalankan perniagaan di Malaysia. Penstrukturan ini boleh dilihat didalam Akta Syarikat 2016.
Adakah anda tidak pasti samada anda memerlukan atau tidak memerlukan penstrukturan syarikat? Berikut adalah ciri yang mungkin anda memerlukan penstrukturan syarikat:
- Anda ingin mengoptimumkan sumber dan mengurangkan perbelanjaan operasi.
- Anda ingin menyesuaikan struktur dengan skala operasi yang lebih besar.
- Anda ingin meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
- Syarikat anda mengalami penggabungan atau pengambilalihan.
- Syarikat anda ingin memasuki pasaran baru.
- Syarikat anda mempunyai masalah kewangan dan ingin meningkatkan kestabilan.
Reviews
There are no reviews yet.