Surat Tanggungrugi merupakan sejenis dokumen undang-undang yang memberikan jaminan daripada satu pihak kepada pihak lain untuk sebarang kemungkinan kerugian, kos atau kewangan. Surat ini turut dikenali sebagai ‘Surat Ganti Rugi’ atau ‘Surat Indemniti’.
Tahukah anda, surat ini memainkan peranan penting untuk melindungi hak-hak anda, terutamanya apabila berlaku kejadian yang melibatkan kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pihak lain? Dengan adanya surat ini, pihak yang bertanggungjawab secara sah akan terikat untuk menanggung kerugian atau kos yang timbul, sekaligus memberikan jaminan bahawa hak-hak anda akan dilindungi.
Adakah anda merupakan individu yang memerlukan penggunaan Surat Tanggungrugi?
Terdapat beberapa contoh Surat ini digunakan yang perlu anda ketahui:
- Pelanggaran Kontrak: Pihak tidak menyempurnakan tanggungjawab seperti yang telah dipersetujui di dalam kontrak.
- Liabiliti untuk perbuatan pihak ketiga: Pihak kedua turut mempunyai liabiliti terhadap perbuatan pihak pertama
Dengan menggunakan Surat Tanggungrugi, anda dapat menjamin hak sekaligus mengurangkan risiko anda terdedah kepada kerugian.
Reviews
There are no reviews yet.